Tuesday, April 5, 2011

Lucu dan best cita ni "cuti cuti cinta" LAYAN!!!!

asslamualaikum semua.. kali ni aku nak kongsi satu cita ngn korang semua.. ni pasal movie yang aku da nampak sendiri tapi da lama da.. tajuk movie ni CUTI CUTI CINTA.. pelakon dia FARID KAMIL dan NORA DANISH sebagai pelakon utama.. Selain itu, pelakon lain yang turut membintangi filem Cuti-Cuti Cinta ini adalah ahli kumpulan The Fabulous Cats (Cat Farish, Adeep, Wangi & Zizie AF7), Zed Zaidi dan juga Zaibo. hehehehe


Filem Cuti-Cuti Cinta ini adalah sebuah filem yang berkonsepkan komedi cinta dimana ianya sarat dengan adegan komedi serta lawak sinikal yang boleh membuatkan korang terhibur tau..




Filem ini berkisarkan Eava Ealiana (lakonan Nora Danish) yang merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini (lakonan Zaibo). Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan.

Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Dia juga sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas.

Pekerja-pekerjanya (lakonan ahli The Fabulous Cats) lebih takutkan Eava berbanding ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy (Zed Zaidi).
Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah adalah untuk membolot harta Tan Sri Zaini.




Nak tahu lebih lanjut, korang kenalah tonton filem ni.. biar pun da lama filem ni kuar tapi tak semua da nampak kan filem ni hehehehe

No comments:

Post a Comment